Pages

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDIL FITRI




Assalamualaikum, sempena bulan baik ini dan menjelangnya hari raya dan cuti panjang, sekira tidak sempat berjumpa kita muka-ke-muka di esok hari, maka terawal lah saya untuk memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung kaki sampai langit ke tujuh (nak cakap hujung rambut tak bule dah coz kepala ala2 Castello... takder rambut)dan halal makan minum, daripada kesemua warga Ham Radio dan khususnya yg mengenali diri ini , dan sekiranya ada....
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
Termengorat tepi meja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERminum tapi tak bayar
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi lah yang kena mengena…
Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa. Hari ini kita tutup buka lama, lepas raya buka buku baru.
Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga berbahagialah beraya bersama-sama keluarga tercinta. Kepada yang belum belum berkeluarga, didoakan agar bertemulah jodoh masa beraya nanti.
Dan kepada mereka yang akan balik kampong , berhati-hatilah ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang yg sedang menanti anda sekeluarga.
Amin.
Last but not least, Saya sudahi dengan,
Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar
Yang bermaksud,
Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka
Wassalam…

Wednesday, August 25, 2010

JOTA 2010 Bukit Melawati

Tuesday, August 3, 2010

DX'ing - JOTA Peringkat Asia Pasifik 2010

Salam buat rakan2..

Akhirnya...tarikh keramat yg dinanti2kan muncul juga. bertarikh 7 dan 8 Ogos maka akan berkumandanglah audio yg mungkin akan dipancarkan dari radio yg ku beli.. heeheehee setelah 7 bulan dibaluti kain kuning (bak kata usikan 9w2tlb heehee)

Ibarat memancing ikan, kena pada lubuk nyer, dpt lah banyak ikan. kalau "window" terbuka maka dapat lah DX dgn rakan2 worldwide.....